Semalam dan hari ni aku dah berjaya siapkan ABM (alat bantu mengajar) untuk anak murid aku. Dari semalam lagi aku tekadkan hati nak buat something dari aku terperuk kat kerusi tu.Nak mengajar pulak murid exam. Walaupun ada gangguan yang dtg ( cikgu n cleaner) nak ajak borak2 aku tetapkan usaha aku. Aku rajin ni pun bukan apa maybe sebab aku dah berdoa kat Allah supaya bukakan pintu hati aku mengajar. Yalah, lately ni aku macam malas jer. Dahlah, dalam bilik pemulihan tu sengsorang. Aku 'boss' aku 'kuli'. GB n GPK pun bukan pantau aku sangat. Boleh sangat lah aku nak ber 'chit-chat' selalu. Tapi aku ni iman masih kuat he..he.Takut gaji tak berkat pulak. Apatah lagi amanah aku besar. Ajar budak2 pemulihan macam tu buat aku rasa kasihan. Yalah..dahlah diaorang 'slow leaner' mak ayah tak pay attention. Tp nak kata tak pay attention tak jugak. Dah diaorng jenis yang lambat skit nak pick up. Kalau ada anak macam ni kita kena bagi perhatian selalu. Ada gak yang baju pun tak berbasuh pergi sekolah. Kotor walhal baru hari Isnin. Siapa patut dpersalahkan??So, as a teacher sometimes aku ni 'garang' gak. Siapa yang tak pernah kena pukul ngan aku. Pasal 'pukul' logi itulah anak murid aku hafal ABC. Just imagine, masa dapat diaorang dulu, ABC pun tak hafal. Tapi mungkin tangan aku ni ditakdirkan kalau pukul pun buat masa ni tak berbekas. Kalau cubit pun sama. Tp ingat lagi dengan Buran. Aku tercucuk mata dia ngan pembaris. Ish...gigil gak tangan aku. Punya lah aku risau. Malam tu nak tidur pun tak senang hati. Pagi2 lagi aku cari dia. Alhamdulillah dia datang. Terharu gak bila aku tanya "Buran, camne ngan mata kamu?" n dia jawab " Takper apa2 cikgu. Adik saya dah tumbuk". Lega terus aku patahkan pembaris kayu tu. Kalau buta lah dia habislah aku. Tengok..learning from a mistake kuang..kuang..
Ari ni dapat borak ngan K.Ina. Aku dengar dia 'pregnant' but I don't want to ask her coz it juat a rumours. But today bila aku dengar dia borak2 ngan k.su pasal topik tu I ask her n she say YES. Terus aku cakap 'congrat' coz dah 3 tahun dia tunggu dan sekarang dia dapat. For me, even she not so close to me tp dia memang baik.Dahlah ajar Tahun 1. Mmg dia seorang guru yang memahami. Pernah gak duk sebelah dia n berborak experience dia masa sakit kaki dulu2. On that time, I realize she a very passionate person. Semangat dia kuat. Ada gak time tu dia sentuh pasal anak. Yalah..aku faham perasaan dia. Dah 3 tahun kahwin tak ada anak. Tengok orang lain yang dah ada anak mesti sikit sebanyak ada rasa cemburu kan..Sama macam aku gak. Bila tengok rakan-rakan yang dah kahwin n already have a children uh..feel very lonely. Tp tadi dengar dia cerita, pernah gak dia terfikir " Ada anak ke aku ni?". Risau gak dia. So, dia baca doa tak berhenti2 berdoa pagi dan petang. At last doa dia dimakbulkan. Memang doa itu adalah sangat2 penting. Sebab tak tahu nak bercerita n mintak ngan sapa lagi kalau bukan dengan DIA yang ESA. Nak cerita kat kawan-kawan sometimes make you fell more depressed. So, the best way talk to HIM. Alhamdulillah, aku tumpang gembira ngan good news itu. Aku harap baby dia sihat2 je. Nanti akak doakan saya dapat rasa apa yang akak rasa n dapat yer coz it is one of my dream.